fbpx

Video berbaur ugutan, polis cari dalang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Polis memberi amaran tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap individu yang bertanggungjawab di sebalik video ‘Anonymous Malaysia’ ekoran ia mampu mengancam kestabilan negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Zainuddin Yaacob berkata, tindakan tersebut akan diambil bukan sahaja terhadap individu di sebalik video bahkan juga mereka yang bertanggungjawab memuat naik video tersebut ke laman sosial.

“Tidak kira siapa dalang di sebalik video atau pihak yang bertindak memuat turun, semua kita akan ambil tindakan.

“Video ini merupakan video kali kedua, sejak kali pertama video berkenaan tersebar kita sudah monitor bagi mengesan individu di sebaliknya,” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Terdahulu, kosmo! hari ini melaporkan satu lagi video amaran kepada kerajaan Malaysia telah dimuat naik ke laman sosial Facebook oleh sekumpulan penggodam yang menggelarkan gerakan mereka sebagai ‘Anonymous Malaysia’.

Video berdurasi 3 minit 17 saat itu dimuat naik di laman Facebook mereka yang menggunakan nama ‘Anonymous Malaysia’ turut disertakan dengan tanda pagar OpsWakeUp21 berserta kapsyen ‘ini adalah mesej kedua’.

Mengulas perkara itu lagi, jelasnya, semakan terhadap video itu juga mendapati ia mengandungi kata-kata berbaur ugutan.

“Justeru itu, pihak polis sendiri sudah membuat laporan terhadap video tersebut. Kini kita sedang siasat secara terperinci,” ujarnya.

Tegasnya, kes akan disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan (KK) dan
Seksyen 233 Akta komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI