fbpx

Umur 10 tahun sudah hamil di Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUCHING – Sarawak telah mencatatkan jumlah kes kehamilan remaja sebanyak 2,099 kes tahun lepas berbanding 1,969 kes pada tahun 2019, iaitu kadar peningkatan sebanyak 6.4 peratus.

Dari jumlah kes kehamilan remaja tahun lepas, 96.17 peratus daripadanya membabitkan remaja yang tidak bersekolah atau berhenti sekolah dan 58.9 peratus membabitkan remaja yang tidak berkahwin.

Dari segi umur, 65.5 peratus atau 1,734 orang daripadanya berumur 18 hingga 19 tahun, diikuti oleh 28.3 peratus (595 orang) berusia 16 hingga 17 tahun dan selebihnya berumurnya 10 hingga 15 tahun.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, perkara yang harus menjadi perhatian adalah kes kehamilan yang melibatkan remaja berumur serendah 10 tahun.

“Remaja yang hamil pada usia muda sebegini masih belum bersedia dan belum matang untuk menjadi ibu bapa.

“Tambahan pula, apabila terdapat remaja hamil dalam kalangan pelajar sekolah, akan ada kes berhenti sekolah kerana stigmatisasi ke atas mereka.

“Hal ini akan mengakibatkan mereka ketinggalan dalam pendidikan,” katanya dalam satu sidang akhbar selepas Mesyuarat One Stop Teenage Pregnancy Committee (OSTPC) Peringkat Negeri Sarawak di pejabatnya hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI