fbpx

Ular sawa bergelut dengan kucing dalam longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba menggunakan alatan khas untuk menangkap ular sawa sepanjang 1.5 meter yang ditemukan di dalam longkang di Jalan Seri Mambau A13, Taman Seri Mambau, Seremban hari ini.

SEREMBAN – Seekor ular sawa sepanjang 1.5 meter ditemui di dalam longkang di Jalan Seri Mambau A13, Taman Seri Mambau dekat sini hari ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Pegawai Bomba Kanan Mohd. Syazwan Saidy berkata, pihaknya menerima panggilan pukul 7.35 pagi dan tiba dilokasi sembilan minit kemudian.

“Kami menerima panggilan bahawa terdapat ular sawa berukuran 12 kaki atau anggaran 1.5 meter yang berada di dalam sebuah longkang.

“Tindakan anggota Pusat Kawalan Operasi (PKO) berjaya menjerut dan menangkap ular tersebut dan kemudian diserahkan kepada pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut seorang saksi, Nurhafiszah Mazlan,35, berkata, dia keluar bersama anaknya untuk menghantar makanan di kawasan kedai berdekatan perumahannya dan mendengar bunyi bising seekor kucing yang kemudiannya didapati sedang bergelut dengan seekor ular.

“Bagaimanapun, tidak sampai satu minit pergelutan itu, kucing berkenaan jatuh ke dalam longkang, saya lantas memanggil suami untuk menghubungi pihak bomba bagi meminta bantuan,” katanya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI