fbpx

Tiada laporan polis dibuat susulan pergaduhan libatkan helikopter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar daripada satu video pergaduhan dua sahabat yang berlatar belakangkan helikopter kini tular di media sosial.

SERDANG – Tindakan dua lelaki yang saling tolak-menolak sambil meninggikan suara dengan berlatar belakangkan sebuah helikopter dan motosikal berkuasa tinggi di pekarangan sebuah rumah di Puchong baru-baru ini menarik perhatian netizen.

Difahamkan, kejadian berkenaan dipercayai berlaku berpunca daripada salah faham di antara kedua-dua lelaki yang didakwa bergelar Datuk dan Datuk Seri itu sebelum ia dileraikan oleh seorang lagi individu.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Razali Abu Samah berkata, tiada perkara serius yang berlaku dan kedua-dua lelaki itu juga telahpun berdamai.

“Kedua-dua mereka adalah bersahabat dan pertelingkahan terjadi kerana berlakunya salah faham di antara mereka namun tiada sebarang perkara serius yang berlaku.

“Pihak polis juga tidak menerima sebarang laporan susulan kejadian tu dan kami difahamkan mereka juga sudahpun bersalaman dan berbaik,”katanya ketika dihubungi semalam.

Terdahulu, satu rakaman video berdurasi 38 saat tular di laman Facebook memaparkan pertelingkahan dua lelaki di pekarangan sebuah rumah di Puchong namun apa yang menarik perhatian netizen adalah sebuah helikopter yang diparkir di rumah berkenaan.

Seorang pengguna Facebook dengan nama Al Fayid Islam berkata, rakaman tular itu memaparkan dua situasi berbeza antara golongan berada serta kebanyakan.

“Orang kaya bergaduh dengan jiran pasal helikopter depan rumah, orang biasa-biasa macam kita bergaduh dengan jiran sebab kucing kita berak depan rumah,” katanya berseloroh. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI