fbpx

Terpaksa curi susu untuk anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nor Hasrul (tengah) menziarahi bapa muda (kiri)berkenaan dikediamannya di Kota Tinggi, Johor, petang semalam.

KOTA TINGGI – Demi menyuapkan susu kerana anak kelaparan, seorang bapa sanggup bertindak di luar rasional dengan mencuri satu pek susu di sebuah kedai di Jalan Mawai di sini dalam kejadian Selasa lalu.

Bapa muda berusia 22 tahun itu terpaksa bertindak demikian selepas tidak mempunyai wang untuk membeli susu untuk dua anaknya berusia enam bulan dan dua tahun akibat kehilangan pekerjaan.

Menurut Ketua Penerangan Pemuda UMNO Tenggara, Dr. Nor Hasrul Akhmal Ngadiman berkata, ketika kejadian, bapa tersebut diberkas orang ramai selepas menyedari dia mencuri.

“Selepas pemilik kedai melakukan soal siasat dan mengetahui punca mengapa dia mencuri, bapa muda itu dilepaskan.

“Dia memaklumkan diberhentikan kerja selepas lama bercuti sejak enam bulan lalu kerana tangannya patah, dia sudah usaha mencari pekerjaan baru, tapi tak berjaya.

“Dalam masa sama anak-anaknya yang masih kecil kuat minum susu dan kehabisan stok menyebabkan dia nekad mencuri sebungkus susu,”katanya ketika dihubungi hari ini.

Nor Hasrul berkata, kejadian itu dimaklumkan oleh awam kepada pihaknya selepas kejadian itu tular di media sosial Facebook sebelum bertandang ke rumah lelaki berkenaan.

Jelasnya, beliau hadir bersama wakil Ahli Parlimen Tenggara turut membawa sumbangan daripada Pemuda UMNO Kota Tinggi bagi membantu pemuda berkenaan.

Katanya, pemuda itu turut dibantu dengan tawaran kerja agar dia dapat menjana pendapatan untuk menyara isteri dan anak-anaknya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI