fbpx

Semua penduduk Felda Tersat jalani ujian saringan Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada 400 penduduk Felda Tersat yang menjalani ujian saringan Covid-19 hari ini.

HULU TERENGGANU – Lebih 400 penduduk Felda Tersat, Ajil dekat sini diarah untuk menjalani ujian saringan Covid-19 hari ini.

Arahan ujian saringan itu telah dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Terengganu menerusi hebahan di aplikasi WhatsApp dan ujian dilakukan di Dewan Serbaneka Felda Tersat dari pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari.

Ujian saringan itu dilakukan kepada seluruh penduduk Felda Tersat berikutan peningkatan kes Covid-19 di tanah rancangan tersebut sejak akhir-akhir ini.

Sementara itu, seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, proses ujian saringan terhadap lebih 400 penduduk selama tiga jam itu berjalan dengan lancar.

“Pejabat Kesihatan (daerah Hulu Terengganu) menyediakan empat kaunter bagi memudahkan dan melancarkan perjalanan ujian saringan (Covid-19).

” Semoga saringan nanti berikan keputusan yang baik dan kita semua dijauhi daripada Covid-19,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI