fbpx

Rugi RM4,850 ditipu ‘ADUN’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki mengalami kerugian RM4,850 ditipu individu yang menyamar sebagai seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi urusan bantuan komputer kepada sekolah di kawasan Batu Pahat, Rabu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Johor, Asisten Komisioner Mohd. Salleh Abdullah berkata, mangsa berusia 55 tahun dihubungi suspek menerusi aplikasi WhatsApps daripada nombor 010-3865922 yang memperkenalkan diri sebagai seorang ADUN.

Katanya, suspek bertindak meminjam wang sebanyak RM1,350 dan meminta mangsa untuk memindahkan wang tersebut ke dalam akaun Public Bank nombor akaun 6932819417 atas nama Marlon Bin Talib (keldai akaun).

Tambahnya, dalam masa yang sama, suspek juga berjanji kepada mangsa untuk membayar semula wang tersebut pada sebelah malam.

“Suspek turut meminta mangsa membuat pindahan wang lagi berjumlah RM 3,500 ke dalam akaun yang sama dan mangsa mengikuti arahan yang diberikan oleh suspek.

“Mangsa sekali lagi diminta untuk memindahkan wang lagi sebanyak RM1,500 namun mangsa tidak mengikut arahan tersebut.

“Mangsa mengesyaki dirinya ditipu kerana saspek tidak dapat dihubungi lagi dan gagal membuat bayaran semula sebagaimana yang telah dijanjikan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd. Salleh berkata, mangsa yang mengalami kerugian sebanyak RM 4,850 telah mẹmbuat laporan polis di Balai Polis Batu Pahat.

Beliau berkata, kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Polis Johor ingin menasihati orang ramai dan masyarakat supaya membuat semakan dengan terperinci terlebih dahulu seperti membuat pengesahan dengan jabatan atau individu yang berkenaan sebelum melakukan sebarang transaksi kewangan.

“Bersemuka dengan individu yang ingin meminjam wang dan jangan mudah mengikuti arahan yang diberikan melalui aplikasi seperti whatsapps dan media sosial yang lain,” katanya.- K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI