fbpx

PGA rampas 45 tan beras, beras pulut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Stor yang menyimpan beras dan beras pulut seludup di Tanah Merah.

TANAH MERAH – Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 9 merampas sebanyak 45 tan beras dan beras pulut seludup yang dianggarkan bernilai 249,000 dalam sebuah stor di Kampung Bendang Buyong di sini semalam.

Dalam serbuan pukul 4 pagi itu, anggota PGA turut menahan dua lelaki berusia 41 dan 24 tahun dipercayai terlibat dalam kegiatan tersebut.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 9, Superintendan Nor Azizan Yusof berkata, pihaknya telah menjalankan intipan selama dua hari sebelum melakukan serbuan di stor itu.

“Sewaktu pegawai dan anggota PGA tiba di stor, kelihatan dua lelaki berada di kawasan itu dan telah mengaku sebagai pemilik dan penjaga stor berkenaan.

“PGA kemudian mengarahkan pemilik stor membuka premis berkenaan untuk tujuan pemeriksaan. Semasa pemeriksaan sedang dilakukan, kita telah temui sebuah lori di dalam premis tersebut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Nor Azizan memberitahu, pemeriksaan lanjut terhadap lori itu membawa kepada penemuan 22 tan beras dan 23 tan beras pulut yang dipercayai diseludup dari negara jiran menggunakan laluan tikus.

Katanya, selain itu cop-cop Jabatan Kawal Selia Padi dan Beras Negara turut ditemui di dalam stor itu.

“Kita tidak menolak kemungkinan semua cop tersebut dipalsukan bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

“Bukan itu sahaja, pemilik stor turut gagal mengemukakan sebarang dokumen terkini berkaitan kemasukan beras tersebut ke dalam stor tersebut,” ujarnya.

Nor Azizan berkata, pihaknya juga percaya semua beras dan beras pulut itu untuk dijual di pasaran tempatan dan luar Kelantan bergantung atas permintaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 20 Akta Kawal Selia Padi dan Beras Negara 1994. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI