fbpx

Pemandu, dua kelindan lori maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kemalangan sebuah lori dan treler sehingga meragut tiga nyawa dalam kejadian di Jalan Kluang-Batu Pahat, Johor pagi hari ini.

BATU PAHAT – Tiga lelaki maut dalam kemalangan membabitkan lori dan treler di Jalan Kluang – Batu Pahat dekat sini, awal pagi hari ini.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor berkata, mangsa yang maut dikenali sebagai Mohamad Azraai Mohamad Rizal, 24, Deli Mustapha, 59, dan Sadam Hussin Hamidon, 30.

“Dalam kejadian pada pukul 6.28 pagi itu, mangsa yang juga pemandu lori yang membawa muatan peralatan bengkel dikenali sebagai Mohamad Azraai Mohamad Rizal, 24, meninggal dunia ditempat kejadian akibat cedera parah.

“Dua kelindan lori berkenaan, Deli Mustapha, 59, dan Sadam Hussin Hamidon, 30 turut maut akibat cedera parah di anggota badan kerana tersepit dibawah lori.

“Manakala pemandu treler, Saiful Nizam Mansor, 39, yang membawa muatan simen berkenaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Katanya, terdapat tiga mangsa tersepit di dalam lori tiga tan dan pihak bomba terpaksa menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dan turut dibantu oleh sebuah kren.

“Ketiga-tiga mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan dan kesemua mayat diserahkan kepada pihak polis untuk urusan selanjutnya,” jelasnya. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI