fbpx

Agama Melayu guna syahadah pelik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular mempamerkan beberapa upacara agama baharu yang dikenali sebagai Agama Melayu baru-baru ini.

PETALING JAYA – Orang ramai dinasihatkan agar tidak terpengaruh dengan ajaran Islam Melayu yang disifatkan sebagai ajaran yang sesat lagi menyesatkan.

Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Nasrudin Hassan berkata, agensi dakwah seperti Yadim sentiasa bersedia untuk memberi kefahaman dan pemurnian akidah serta fikrah.

“Makin mencabar tugas dakwah kita semua pada zaman mutakhir ini. Sehari dua ini kecoh pula dengan lahirnya agama baharu yang dikenali sebagai Agama Melayu yang menggunakan lafaz syahadah yang pelik.

“Seperti yang saya dengar lafaznya ‘ila ha ila ra ila ma’ dan disambung dengan pengakuan ‘aku Melayu’ sebanyak tujuh kali,” katanya menerusi satu kenyataan di laman Facebook rasminya hari ini.

Menurut Nasrudin, difahamkan ajaran tersebut menolak ajaran Islam yang dianggap sebagai Islam arab dan kononnya mereka membawa Islam Melayu.

“Insya-Allah dari sudut penguatkuasaan, pihak berkuasa agama sedang menyiasat dan merencana tindakan berhikmah.

“Orang ramai dinasihatkan tidak terpengaruh dengan ajaran Islam Melayu yang dibawa oleh individu berkenaan. Jelas ianya adalah ajaran yang sesat lagi menyesat,” tegas beliau.

Terdahulu, satu video berdurasi lapan minit lima saat tular di aplikasi WhatsApp dan media sosial memaparkan aktiviti ritual sebuah kumpulan yang mendakwa mengamalkan ajaran Islam Melayu. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI