PETALING JAYA – Majlis Keselamatan Negara (MKN) memutuskan untuk menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa lokaliti hari ini.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kesemua lokaliti terbabit menunjukkan trend penurunan serta terkawal dan atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) kerajaan bersetuju menamatkan PKPD di kawasan-kawasan tersebut.
“Antara kawasan yang ditamatkan PKPD ialah di Asrama Pekerja Kejora Juara, Bukit Pasir, Muar; Blok Gemilang, Blok Harapan, Blok Jaya, dan Blok Abadi Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Pusat Koreksional Kamunting (KEMTA), Taiping, Perak.
“Kedua-dua lokaliti terbabit ditamatkan PKPD bermula hari ini,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini. – K! ONLINE