fbpx

Chelsea perlu lebih realistik – Tuchel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TUCHEL mengakui bahawa peluang untuk Chelsea meraih gelaran musim ini hampir tertutup tetapi percaya dengan kemampuan yang dimiliki oleh pasukannya. – AFP

LONDON – Pengurus baharu Chelsea, Thomas Tuchel me­ngakui gembira dengan aksi yang ditampilkan meskipun seri tanpa jaringan menentang Wolverhampton Wanderers pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stamford Bridge awal pagi semalam.

Pengendali dari Jerman itu hanya memiliki masa kurang 24 jam untuk melakukan persiapan bagi perlawanan tersebut selepas menggantikan Frank Lampard yang dipecat.

Kata Tuchel, walaupun kecewa gagal mengutip tiga mata, namun beliau mengakui dapat melihat potensi yang ada berdasarkan aksi yang ditampilkan setiap pemain.

“Ya, sedikit kecewa kerana tidak menang tetapi ia satu keputusan yang adil untuk kedua-dua pasukan. Saya sangat gembira dengan aksi yang ditampilkan semua pemain,” ujar bekas jurulatih Paris Saint-Germain (PSG) itu.

Dalam pada itu, Tuchel mengakui bahawa The Blues perlu rea­listik dengan sasaran musim ini memandangkan mereka sudah jauh ketinggalan dalam pe­rebutan takhta liga.

“Secara jujur apabila anda berada di sebuah pasukan se­perti Chelsea, anda memikul satu jangkaan yang tinggi untuk memenangi gelaran, itu adalah jelas.

“Namun, pada masa yang sama anda perlu lebih realistik. Kami ketinggalan dengan jurang yang besar berbanding pasukan di kedudukan keempat. Kami perlu bekerja lebih keras untuk menunjukkan perkembangan dan saya yakin kami akan mendapat keputusan yang baik.

“Untuk memburu gelaran liga musim ini agak sukar, kami perlu mengakuinya. Bagaimanapun, saya yakin pasukan ini memiliki kemampuan untuk menewaskan mana-mana pasukan,” katanya. –AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI