fbpx

Chelsea beli pemain bukan pilihan Lampard

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHILWELL didakwa menjadi satu-satunya pemain yang dipilih Lampard untuk menyertai Chelsea pada jendela perpindahan musim lalu. – AFP

LONDON – Bekas pemain pertahanan Leicester, Ben Chilwell dilaporkan menjadi satu-satunya pemain yang diinginkan oleh Frank Lampard pada jendela perpindahan musim panas lalu.

The Blues memecat Lampard Isnin lalu selepas gagal membawa Chelsea ke prestasi yang lebih baik dalam tempoh kebelakangan ini.

Pengurusan Chelsea kemudiannya melantik bekas pengendali Paris Saint-Germain, Thomas Tuchel untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan tersebut.

Kehadiran Tuchel diharap dapat mengeluarkan segala potensi yang adalah pada dua pemain baharu mereka, Timo Werner dan Kai Havertz yang masih gagal menemui prestasi terbaik sehingga menerima kritikan hebat.

Satu laporan di England menyebut, Lampard tidak mempunyai keinginan untuk mendapatkan khidmat kedua-dua pemain itu menyebabkan mereka gagal menyerlah.

Lampard dikatakan lebih berminat untuk mendapatkan penyerang Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang yang ketika itu masih bermain tarik tali mengenai kontrak baharu di Emirates sebelum menandatanganinya pada September lalu.

Selain itu, pengurusan ter­tinggi Chelsea juga membawa masuk Thiago Silva yang diperoleh secara percuma sedangkan Lampard ketika itu mengemukakan cadangan untuk membeli pemain pertahanan Burnley, James Tarkowski.

Lampard juga percaya, kehadiran pemain tengah West Ham United, Declan Rice mampu memantapkan aktiviti di bahagian pertahanan mereka tetapi cadangan itu ditolak oleh pengurusan The Blues.

Rice dilepaskan daripada Akademi Chelsea ketika berusia 14 tahun dan ahli lembaga pengarah Chelsea mendapati ia bukan pelaburan yang bijak untuk membawanya pulang dengan harga yang tinggi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI