fbpx

Akta 446: 23 majikan telah didakwa sejak September

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Awang Hashim (depan) ketika mengetuai satu operasi bersepadu khas bagi memeriksa penempatan pekerja warga asing di Bukit Tengah, Bukit Mertajam, hari ini.

Oleh ISWAN SHAFIQ ISA

SEBERANG PERAI – Seramai 23 majikan telah dikenakan kompaun serta didakwa di mahkamah sejak lebih empat bulan lalu atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446).

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Awang Hashim berkata, antara kesalahan itu termasuk tidak mematuhi peraturan penyediaan penginapan kepada pekerja, tidak mengikut prosedur atau garis panduan yang ditetapkan untuk tujuan tersebut serta beberapa kesalahan lain seperti melibatkan kebersihan tempat tinggal dan sebagainya.

“Semua tindakan ini kita ambil selepas beberapa kertas siasatan dibuka hasil daripada 100 operasi berkaitan yang dijalankan di seluruh negara sebelum ini,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas mengetuai satu operasi bersepadu khas anjuran Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) untuk memeriksa kediaman pekerja asing di Bukit Tengah, Bukit Mertajam di sini, hari ini.

Selain JTKSM, operasi yang membabitkan keseluruhan 30 anggota serta pegawai itu turut melibatkan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Majlis Bandaraya Seberang Prai (MBSP) serta Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP). – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI