fbpx

UiTM lanjut pengecualian sewaan ruang niaga berjumlah RM2.7 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Universiti Teknologi MARA (UiTM) memberi lanjutan pengecualian sewaan ruang niaga berjumlah RM2.7 juta di semua premis universiti itu di seluruh negara.

Naib Canselornya, Prof. Emeritus Datuk Dr. Ir. Mohd. Azraai Kassim berkata, pengecualian itu antara inisiatif UiTM Prihatin dengan melibatkan seramai 718 penyewa dalam membayar sewaan bermula 1 Oktober tahun lalu sehingga 30 Mac depan.

“Inisiatif khas itu diberikan secara automatik kepada peniaga yang menyewa di semua premis termasuk cawangan kampus mengikut syarat ditetapkan universiti.

“Selain itu, ia selaras saranan Kementerian Pengajian Tinggi supaya memahami kesulitan dan kekangan yang dihadapi golongan itu yang terkesan akibat pandemik Covid-19,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Ujar Mohd. Azraai, biarpun memberi kesan kepada pendapatan UITM namun langkah itu merupakan insentif tambahan dan kali kedua dilaksanakan pihaknya.

“Pengecualian pertama turut diberikan selama enam bulan sebelum ini bermula April hingga September tahun lalu.

“Pengurusan tertinggi universiti memahami ramai peniaga terjejas kerana majoriti penuntut tidak berada di kampus dan belajar secara dalam talian di rumah,” katanya.

Jelas beliau, pihaknya berharap pengecualian tambahan itu memberi kelegaan kepada para penyewa premis dan membantu mereka untuk membuat perancangan semula perniagaan kelak. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI