fbpx

Sultan Selangor kesal pihak pentingkan diri sendiri berhubung pembukaan masjid, surau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa kesal terhadap segelintir pihak yang tidak berfikir panjang dan hanya mementingkan diri berhubung sanggup memudaratkan jemaah lain sekiranya masjid dan surau dibuka semula seperti biasa.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, Sultan Sharafuddin bertitah, baginda amat memahami kegusaran dan kebimbangan umat islam di negeri ini yang belum boleh berjemaah solat fardhu dan menunaikan solat Jumaat di masjid-masjid kerana mematuhi garis panduan prosedur operasi standard (SOP) di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Baginda turut membaca sendiri rayuan yang disalurkan menerusi Mufti Selangor (Datuk Mohd. Tamyes Abd. Wahid) dan permohonan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berkaitan perkara berkenaan.

“Bagaimanapun, baginda menegaskan bahawa keputusan yang dibuat untuk menghadkan bilangan jemaah di masjid-masjid adalah demi menjaga keselamatan seluruh umat Islam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kata Mohamad Munir, Sultan Sharafuddin menitahkan ini berikutan statistik terbaharu di Selangor membabitkan kes-kes jangkitan wabak Covid-19 masih lagi meningkat dengan jumlah kematian yang tinggi selain jumlah kes positif telah mencecah 5 digit dan 3 digit bagi angka kematian ketika ini.

Justeru, baginda tidak mahu lebih ramai lagi rakyat negeri ini mendapat jangkitan akibat lalai mematuhi PKP dan SOP sehingga boleh menyebabkan kematian.

“Sultan Sharafuddin berharap tidak ada lagi pihak yang bertelagah sesama sendiri berhubung keputusan yang telah diambil sebulat suara oleh pihak berwajib ini, demi keselamatan umat Islam di Negeri Selangor.

“Tidak bererti jika masjid dan surau ditutup maka amal ibadah juga akan terhenti,” jelasnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI