fbpx

Saya hampir mati sebab Covid – Azizan Osman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dikongsi Azizan di laman Facebooknya ketika menerima rawatan sebagai pesakit Covid-19 di hospital.

PETALING JAYA – Pakar motivasi dan penceramah, Datuk Azizan Osman mengesahkan bahawa dirinya telah dijangkiti Covid-19 baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Facebook, Azizan berkata, beliau dijangkiti wabak itu selepas menjadi kontak rapat dengan seorang pesakit yang sama pada 7 Januari lalu.

Menurutnya, selain beliau, 31 ahli keluarganya lain turut dijangkiti wabak tersebut dan paling menyedihkan apabila ibu mertuanya menjadi salah seorang yang meninggal dunia disebabkan pandemik itu.

Dalam perkongsian itu juga, beliau menyatakan bahawa dirinya hampir maut pada 15 Januari 2021 apabila mengalami sesak nafas yang teruk dan doktor memaklumkan peluang untuknya hidup tipis.

Namun katanya, berkat doa dan kuasa Allah Maha Esa, beliau dapat melalui fasa tersebut dan kini beransur pulih.

“Tak mudah untuk saya kongsikan betapa sedih, perit dan ngeri pada waktu itu. Tetapi sangat penting untuk saya kongsikan sebagai seorang mentor, saya nak anda tahu proses ini.

“Masa itulah saat penentu untuk pergi atau kekal, awak tak boleh bernafas, tak boleh tarik tak boleh hembus hanya gunakan mesin untuk terus bertahan dan melawan dengan otak, emosi dan diri,” katanya di Facebook hari ini.

Azizan yang juga pengasas syarikat RichWorks International itu berkata, beliau hampir menitiskan air mata ketika berkongsi perkara ini, namun sokongan ahli keluarga dan rakan-rakan membuatkannya lebih tabah.

“Kamu mahu hidup? Kamu mahu lawan? Itulah saatnya, Insya-Allah, ini masanya untuk saya betulkan segalanya. Peluang kedua ini bukan sekadar suka-suka. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI