fbpx

Polis tahan lelaki mabuk rempuh dua SJR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
keadaan kon dan papan tanda halangan yang rosak di salah satu SJR Melamam berikutan dirempuh seorang pemandu mabuk.

SIPITANG – Polis menahan seorang lelaki yang cuba melarikan diri selepas kereta dipandunya merempuh dua sekatan jalan raya (SJR) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Melamam semalam.

Lelaki warga tempatan berusia 36 tahun itu ditahan di tepi jalan Kampung Bangsal, Sindumin kira-kira satu kilometer dari lokasi SJR selepas tayar keretanya pecah.

Ketua Polis Daerah Sipitang, Deputi Superintendan Champin Piuh berkata, sebuah kereta Perodua Kancil dari arah Sipitang menuju ke Tenom merempuh SJR pada kejadian pukul 1.30 tengah hari walaupun terdapat papan halangan polis.

“Suspek telah merempuh SJR pertama dan selang 10 minit selepas itu, dia telah merempuh SJR kedua sebelum bertindak melarikan diri.

“Beberapa peralatan SJR rosak akibat kejadian itu namun tiada seberang kecederaan dialami anggota polis dan Rela yang bertugas ketika itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Champin berkata, ketika kejadian suspek didapati berada dalam keadaan mabuk dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI