AGENSI penyanyi popular IU, EDAM Entertainment meneruskan tindakan undang-undang terhadap netizen yang meninggalkan komen melampau terhadap artis mereka.
Perkara berkenaan didedahkan EDAM dalam satu kenyataan bahawa mereka tidak akan berhenti daripada memburu individu biadab yang sering meninggalkan komen berbaur kebencian terhadap IU.
Pihak EDAM juga menerima maklumat daripada pengguna internet yang tidak dikenali bagi membantu siasatan. Hasilnya, ramai netizen yang melampau telah menerima hukuman atas penghinaan dan fitnah masing-masing.
Pada Jun tahun lalu, EDAM berjaya mengheret pesalah serupa ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman berat.
Tindakan pantas dan berterusan EDAM Entertainment menjaga kebajikan penyanyi itu menuai pujian peminat kerana ramai mendakwa tidak banyak agensi yang tampil ke depan membela nasib artis naungan mereka.