fbpx

Penghantar makanan diguna hantar dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Polis Di Raja Malaysia (PDRM) telah mengesan sindiket pengedaran dadah yang kini kembali aktif menggunakan penunggang khidmat penghantar makanan bagi menghantar bahan terlarang tersebut kepada pelanggan mereka semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini.

PDRM melalui Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman melalui satu kenyataan hari ini berkata, kini pihaknya mengambil tindakan proaktif dengan menempatkan anggotanya di sekatan jalan raya (SJR) ketika pelaksanaan PKP bagi mengesan mana-mana penghantar makanan yang terbabit dengan kegiatan pengedaran dadah.

“Pihak polis berbuat demikian selepas mendapati khidmat penghantar makanan sekali lagi digunakan oleh sindiket tertentu bagi mengaburi mata pihak berkuasa untuk menghantar bekalan kepada pelanggan mereka semasa pelaksanaan PKP.

“Jika orang ramai mempunyai sebarang maklumat tentang pengedaran dadah, sila hantarkan whatsapp ke HOTLINE JSJN di talian 012-2087222 (beroperasi 24 jam). Identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan,” jelas kenyataan tersebut hari ini.

Terdahulu polis mendedahkan, kebanyakan kes dadah dihantar pekerja penghantar disorok dalam bungkusan barangan lain termasuk bungkusan makanan dan kotak permainan kanak-kanak. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI