fbpx

Pekerja e-hailing pun terjejas PKP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sekumpulan penghantar p-Hailing menerima pek makanan daripada anggota MyFundAction di Seksyen 13, Shah Alam, Selangor hari ini.

SHAH ALAM – Walaupun mendapat kebenaran beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 namun pekerja syarikat e-hailing turut terjejas pendapatannya.

Perkara itu diakui Mohd. Azhar Subhi,38, yang menjalankan perkhidmatan kereta e-hailing apabila pendapatannya berkurangan lebih 50 peratus.

Katanya, ini berikutan ramai pengguna bekerja dari rumah seterusnya mengurangkan pelanggan.

“Malah, ada juga hari yang saya tidak dapat penumpang langsung, walaupun memandu dari Shah Alam ke Kuala Lumpur.

“Walaupun tiada penumpang, saya hanya mampu kuatkan semangat untuk bertahan memandangkan ini pekerjaan tetap,” katanya ketika ditemui dalam program Projek Free Meal anjuran MyFundAction di Seksyen 13 di sini hari ini.

Terdahulu, MyFundAction, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengedarkan sebanyak 300 pek makanan tengah hari kepada pemandu e- hailing dan penghantar makanan dan bungkusan bermotosikal (p-Hailing).

Sementara itu, seorang penghantar p-Hailing, Shahriman Ismail, 24, berkata, lambakan penghantar makanan susulan menjadi kerjaya semakin digemari menyebabkan pendapatan harian menurun kepada RM80 daripada RM250 sebelum ini.

Dia yang bekerja di lapangan itu sejak Januari lalu bagaimanapun melihatnya sebagai satu persaingan sihat.

Sementara itu, Ketua Projek Free Meal, Arisa Azmi berkata, bantuan memberi makanan kepada golongan terbabit adalah yang pertama kali dilakukan kepada mereka bagi berkongsi rezeki.

“Ini semua bagi menghargai sumbangan mereka yang sentiasa berkhidmat terhadap masyarakat tanpa mengira waktu,” jelasnya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI