fbpx

Netizen mahu Ashira kurangkan seksi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR Ashira yang menampakkan bahagian bahunya dikritik netizen kerana didakwa terlampau seksi.

Beberapa hari lalu, sekeping foto Ashira muncul dalam kategori eksplorasi Instagram Mizz Lahar.

Pada mulanya, foto yang memaparkan Ashira memakai baju corak flora dan mendedahkan bahagian bahunya dilihat biasa sahaja pada mata Mizz Lahar.

Namun, berbeza pula dengan pandangan netizen yang mendakwa Ashira semakin seksi sejak akhir-akhir ini.

Menjengah dalam ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang dengan penampilan bekas peserta Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) itu.

Bagi mereka, Ashira sepatutnya menonjolkan diri dengan bakat nyanyian, bukannya dengan cara memuat naik gambar-gambar seksi.

“Seksinya. Sudah-sudahlah kak Ashira. Tolong lebihkan bakat berbanding penampilan seksi okey,” tulis seorang netizen bernama @farish_nm dalam ruangan komen.

Bahkan, ada juga peminat wanita merayu agar Ashira tidak lagi berpakaian sebegitu.

“Janganlah pakai macam ini Ashira. Sedih akak tengok, akak sangat suka dengar suara awak,” luah @ana.hayazi.

Pendapat Mizz Lahar, mungkin mereka mahukan bakat Ashira lebih menonjol, maklumlah dah banyak belajar dalam GV kan!

Mereka cuma mahu Ashira terus gah berbanding sebelum ini yang ‘hilang’ entah ke mana.

MIZZ LAHAR: Bila agaknya episod kecurangan Shuk Sahar akan berakhir. Semoga yang baik-baik sahaja untuk keluarganya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI