fbpx

Button sertai saingan Extreme E

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ILUSTRASI jentera pasukan JXBE milik Button yang akan menyertai saingan Extreme E. – AGENSI

LONDON – Bekas juara dunia Formula Satu (F1), Jenson Button mengesahkan bakal me­nyertai kejohanan perlumbaan baharu, Extreme E pada musim ini dengan mewakili pasukan JXBE yang dikendalikan penuh oleh syarikat miliknya.

Sebagai rekod, Extreme E adalah perlumbaan baharu yang diiktiraf oleh Persekutuan Permotoran Antarabangsa (FIA) dengan musim debut dijangka dilangsungkan secara lima pusingan di Arab Saudi, Senegal, Greenland, Brazil dan Argentina.

Kata Button, projek yang dirancang oleh pihak pengurusan Extreme E membuatkannya cukup teruja untuk menjadi salah seorang pelumba JXBE pada saingan musim ini dengan rakan sepasukan wanita akan disahkan dalam masa terdekat.

“Saya telah mengikuti per­kembangan Extreme E sejak ta­hun lalu dan saya cukup teruja melihat projek yang mereka rancang kerana setiap perlumbaan yang bakal dilangsungkan dijangka berlangsung dengan suasana luar biasa.

“Secara jujur, saya masih lagi belum melihat jentera yang akan dipandu nanti dan tidak pasti sama ada berpeluang untuk menguji jentera tersebut sebelum pertandingan bermula memandangkan isu pandemik Covid-19 masih belum reda.

“Namun, saya tetap me­la­kukan persiapan awal dengan mendaftar di sekolah memandu rali di sekitar Los Angeles kerana saya akan berlumba dengan juara rali dunia sebanyak sembilan kali, Sebastian Loeb,” katanya.

Keputusan Button untuk menyertai kejuaraan Extreme E sekali gus mengikuti jejak juara bertahan F1, Lewis Hamilton yang mendaftarkan pasukan­nya, X44 selain Nico Rosberg bersama pasukan Rosberg Ex­tre­me Racing. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI