fbpx

Arsenal berjaya lunas dendam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARSENAL kembali mencatat kemenangan ke atas Southampton selepas mereka tewas pada saingan Piala FA minggu lalu. – AFP

SOUTHAMPTON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta berpuas hati dengan prestasi anak-anak buahnya yang bangkit membalas dendam terhadap Southampton menerusi kemenangan 3-1 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium St. Mary awal pagi semalam.

Bagaimanapun, Arteta, 38, enggan terlalu awal memikirkan mengenai peluang menembusi kelompok empat teratas EPL musim ini memandangkan mereka kini ketinggalan lima mata sahaja lagi dengan pasukan tempat keempat, West Ham United.

Ia berdasarkan prestasi berbeza The Gunners yang kini sudah memenangi lima daripada enam perlawanan terakhir EPL sejak tewas 1-2 kepada Everton pada 20 Disember lalu sekali gus melonjak ke tangga kelapan liga ketika ini.

“Saya hanya fokus kepada pasukan sendiri dan bagaimana cara untuk memastikan kami sentiasa meningkatkan prestasi. Ia salah satu sebab kami mula memenangi perlawanan,” kata Arteta.

Pengendali dari Sepanyol itu memuji impak dua pemain sayap, Nicolas Pepe dan Bukayo Saka yang masing-masing berjaya meledak gol ke atas Southamtpoan selain satu jaringan daripada Alexandre Lacazette.

“Pepe layak mendapat pujian ini kerana sekali lagi bermain dengan baik memastikan kemenangan pasukan. Saka juga sangat konsisten walaupun terpaksa bermain pelbagai posisi sejak kebelakangan ini,” jelas Arteta.

Kemenangan itu berjaya menebus kekalahan The Gunners yang tewas 0-1 kepada Southampton pada pusingan keempat Piala FA baru-baru ini.

Ia juga memberikan suntikan semangat terbaik buat Arsenal yang akan menanti kunjungan musuh tradisi, Manchester United untuk aksi EPL seterusnya di Stadium Emirates pada Ahad ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI