fbpx

Andi Bernadee hero ‘kayu’?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANDI BERNADEE

Ketika asyik menonton drama Melastik Ke Hatimu yang sedang hangat ditayangkan menerusi TV3, ada suara-suara yang tidak enak mula bertebaran tentang hero utama cerita tersebut.

Heronya tidak lain tidak bukan, pastinya penyanyi Penat, Andi Bernadee.

Suara yang semakin menular rata-ratanya bercakap tentang mutu lakonan Andi yang dikatakan ‘kayu’ dan tidak layak memegang watak hero iaitu sebagai Ziyad.

Malah, ada yang berpendapat posisi Andi sepatutnya dijayakan pelakon lelaki lain yang lebih bagus mutu lakonannya.

Macam-macam juga yang Mizz Lahar dengar tentang lakonan pelantun lagu Donde itu dan yang paling banyak pastilah tentang isu ‘kayu’.

“Tak sampailah emosi sedih watak Ziyad ini. Rasa keras semacam pelakonnya,” tulis seorang netizen.

Bagaimanapun ada juga warga maya yang tetap menyebelahi pelakon kelahiran Kota Kinabalu, Sabah itu dengan berpendapat agar penonton memberinya peluang untuk menonjolkan bakat dan belajar daripada kesilapan.

Ada benarnya apa yang diperkatakan itu, mungkin Andi perlu lebih banyak belajar dengan pelakon senior agar namanya boleh dikatakan layak memegang watak hero dalam mana-mana drama akan datang.

Nak jadi pelakon memang begitu. Fattah Amin pun dahulu kayu juga. Eh!

MIZZ LAHAR: Pelawak zaman sekarang suka gunakan isu ‘dalam kain’ untuk menghiburkan hati penonton. Tak habis-habis ya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI