fbpx

494 individu ditahan ingkar SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seramai 494 individu ditahan atas kesalahan ingkar arahan prosedur operasi standard (SOP) semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, 464 individu dikompaun manakala 29 lagi direman dan seorang dijamin.

“Antara kesalahan yang direkodkan ialah, tidak memakai pelitup muka (112), tiada penjarakan fizikal (56) serta rentas daerah atau negeri tanpa kebenaran (62).

“Kesalahan lain pula adalah gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (67) dan lain-lain kesalahan (197),” katanya dalam satu sidang akhbar khas di Kementerian Pertahanan hari ini.

Jelasnya, Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat 61,665 pemeriksaan semalam bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan SOP di seluruh negara.

Dalam pada itu, katanya, Operasi Benteng turut berjaya menahan 21 pendatang asing tanpa izin (PATI) serta merampas dua buah kenderaan darat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI