fbpx

4,094 kes, 10 kematian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jumlah kes positif Covid-19 hari ini.

PUTRAJAYA – Sebanyak 4,094 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 198,208 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, lapan kes import mendapat jangkitan dari luar negara manakala sebanyak 4,086 kes adalah penularan tempatan.

Menurutnya, kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula merekodkan sebanyak 43,192 kes.

“Terdapat 10 kes kematian turut dilaporkan dan jumlah kes kematian Covid-19 di Malaysia kini sebanyak 717 kes.

“Selain itu, sebanyak 3,281 kes sembuh dicatatkan dan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 154,299 kes,” katanya menerusi ciapan pada twitter rasmi beliau di sini hari ini.

Ujarnya, terdapat 303 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 118 kes memerlukan bantuan pernafasan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI