fbpx

17 PATI ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAHAGIAN daripada PATI yang ditahan kerana memasuki sempadan negara secara tidak sah.

PETALING JAYA – Seramai 17 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia ditahan dalam Operasi Benteng di kawasan tanggungjawab Bridged Ketujuh Infantri (7 Bridged) awal pagi tadi.

Pada pukul 10.50 malam semalam, Sistem Pengawasan Maritim Laut Malaysia (SWASLA) mengesan pergerakan bot yang mencurigakan dari arah Pulau Batan ke perairan negara.

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Divisyen) dalam satu kenyataan berkata, Pasukan Quick Reaction Force (QRF) membuat penjejakan dan mengepung kawasan sekitar Batu Layar, Teluk Punggai dan Tanjung Penyusup, Kota Tinggi, Johor.

“Hasil serbuan pasukan QRF bersama anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Cawangan Khas pada pukul 1.45 pagi tadi telah berjaya menahan 16 PATI dan seorang lagi hasil maklumat pengesanan daripada pasukan Dron Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP).

“Kesemua PATI ditahan tertdiri daripada 13 lelaki dan empat wanita warganegara Indonesia berusia di antara 24 hingga 48 tahun dipercayai memasuki negara melalui jalan yang tidak sah,” jelas kenyataan tersebut di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu lagi, nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM25,262.14 melibatkan wang tunai pelbagai jenis matawang, jam tangan, barangan kemas serta telefon bimbit.

Jelasnya lagi, kesemua tahanan akan dibawa ke Markas Taktikal Tanjung Sepang untuk menjalani pemeriksaan dan saringan Covid-19 sebelum diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia Setia Tropika, Kempas.

“Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Bayu Damai.

“Pasukan meneruskan atur gerak pasukan QRF bagi menjejak saki baki PATI di sekitar kawasan tangkapan,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI