fbpx

Siti ‘Lagi Shantik’ okey bedah muka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SITI BADRIAH

PENYANYI dangdut, Siti Badriah tidak menolak untuk melakukan pembedahan plastik pada wajahnya jika benar-benar perlu berbuat demikian suatu hari nanti.

“Buat masa sekarang saya masih belum mahu melakukan pembedahan pada wajah, Cuma kalau perlu dibuat kenapa tidak?” ujarnya.

Antara faktor yang akan membuka hatinya untuk proses tersebut adalah penuaan.

“Kalau sudah berumur dan kulit menjadi semakin berkedut mungkin dengan cara pembedahan boleh menyelamatkan kulit wajah saya,” akui pelantun lagu Lagi Syantik itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI