fbpx

Jessi terbaring 6 hari kena gastrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JESSI

PENYANYI sensasi Jessi meresahkan peminat selepas berkongsi beberapa keping gambar dalam Instagram memaparkan dia menerima rawatan di sebuah hospital.

Pada 19 Januari lalu, penyanyi rap itu memuat naik gambar terbaring di atas katil hospital sambil menerima sejenis suntikan ubat.

Jessi memaklumkan dia menerima suntikan berkenaan selama enam hari berturut-turut.
Difahamkan, suntikan berkenaan diberikan kepada individu yang benar-benar kurang sihat atau berdepan keletihan melampau.

“Jessi sedang dirawat di sebuah hospital akibat mengalami gastrik yang agak serius. Dia menerima rawatan sepenuhnya beberapa hari lalu dan memberhentikan seketika jadual kerjanya,” kata agensi PNATION dalam satu kenyataan.

Keadaan tersebut nyata membimbangkan peminat. Masing-masing cukup risaukan Jessi, lantas membuatkan mereka menitipkan doa agar penyanyi itu segera sembuh.

Populariti Jessi semakin mencanak naik selepas dia tampil dengan single hit NUNU NANA pada Julai lalu. Dia juga aktif muncul dalam pelbagai program hiburan televisyen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI