fbpx

Florida sedia anjur Sukan Olimpik ganti Tokyo, Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JEPUN mengambil apa sahaja langkah bagi memastikan Sukan Olimpik Tokyo dapat dianjurkan meskipun dalam situasi pandemik Covid-19.

ORLANDO, Amerika Syarikat – Florida bercadang untuk menganjurkan Sukan Olimpik 2021 berikutan spekulasi tuan rumah, Jepun mungkin menarik diri daripada menganjurkan temasya sukan terbesar dunia itu susulan bimbang dengan pandemik Covid-19.

Berikutan masalah itu, ke­tua pegawai kewangan Florida, Jimmy Patronis dikatakan telah menghantar surat kepada Majlis Olimpik Antarabangsa (IOC) bahawa negeri tersebut tiada masalah untuk menganjurkan Sukan Olimpik dan mengambil alih tugas berkenaan daripada Tokyo.

“Kita sudah hantar surat kepada IOC untuk mempertimbangkan mengubah lokasi Sukan Olimpik 2021 dari Tokyo, Jepun ke Amerika Syarikat dan lebih spesifik ke Florida.

“Laporan media di luar sana menjelaskan, pemimpin di Jepun secara rahsia merumuskan bahawa mereka terlalu bimbang dengan pandemik Covid-19 jika O­limpik 2021 diteruskan di Tokyo.

“Masih terdapat masa untuk memikirkan tawaran ini dan sempat untuk menghantar pasukan pemilihan ke Florida. Apa sahaja langkah pencegahan diperlukan, mari kita selesaikan dan pastikan ia dilaksanakan,” kata Patronis.

Surat rasmi berkenaan yang ditandatangani Patronis telah dipaparkan secara umum secara dalam talian.

Katanya, kekuatan kawalan vaksin di negeri berkenaan membolehkan pembukaan ekonomi dan acara sukan dianjurkan ketika pandemik. Selain itu, taman tema seperti Disney World juga dibuka seperti kebiasaan.

Bagaimanapun, Amerika Syarikat antara negara yang bergelut untuk menangani penularan kes Covid-19 apabila mencatat kes tertinggi melibatkan 1.66 juta jangkitan dengan 421,000 kes kematian setakat ini.

Sementara itu, Florida mencatat kematian ketiga tertinggi di negara itu dengan 25,225 kes kematian. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI