fbpx

Ferrari 430 hangus dijilat api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kereta jenis Ferrari 430 hangus dijilat api di Lebuhraya Butterworth-Kulim, di Seberang Jaya hari ini.

SEBERANG PERAI – Sebuah kereta berprestasi tinggi jenis Ferrari 430 hangus dijilat api dalam kebakaran di susur keluar Permatang Pauh, Lebuhraya Butterworth-Kulim di Seberang Jaya di sini hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 2 petang itu bagaimanapun tidak membabitkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa apabila pemandu berjaya menyelamatkan diri.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya yang tiba di lokasi kejadian mendapati kebakaran telah dipadamkan oleh pasukan bomba sukarela (PBS).

“Kebakaran itu membabitkan sebuah kereta jenis Ferrari 430.

“Ia melibatkan sebahagian besar kereta tersebut yang terbakar dengan anggaran kemusnahan 80 peratus,” katanya kepada pemberita hari ini.

Menurutnya, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Perai telah melakukan kerja-kerja ‘overhaul’ sebelum operasi tamat pukul 2.59 petang.

Jurucakap itu berkata, pihaknya bagaimanapun sedang menyiasat punca kejadian. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI