fbpx

Dua lelaki cuba seludup daging ayam beku dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Daging ayam beku yang dirampas oleh PGA Batalion 9 dalam serbuan di Kampung Limau Purut, Rantau Panjang semalam.

RANTAU PANJANG – Cubaan dua lelaki untuk menyeludup 570 kotak daging ayam beku gagal apabila mereka dicekup oleh anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 9 dalam serbuan di sebuah premis dekat Kampung Limau Purut di sini semalam.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 9, Superintendan Nor Azizan Yusoff berkata, lelaki berusia 27 dan 19 tahun itu ditahan dalam serbuan pada pukul 6 pagi.

Menurutnya, nilai keseluruhan rampasan termasuk lori yang digunakan untuk kegiatan itu dianggarkan berjumlah RM135,500.

“Bertindak atas maklumat daripada orang awam, sepasukan anggota PGA telah ke lokasi tersebut untuk membuat serbuan.

“Apabila tiba di lokasi itu, anggota PGA mendapati sebuah lori telah disembunyikan di belakang sebuah rumah,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Nor Azizan memberitahu, selepas berjaya menahan kedua-dua suspek, anggota PGA telah melakukan pemeriksaan terhadap lori sebelum menemui kotak berisi daging ayam beku.

Katanya, siasatan awal mendapati daging ayam beku itu dipercayai diseludup masuk dari negara jiran melalui pangkalan haram dan ia akan dijual di pasaran luar Kelantan.

“Kesemua barangan kes akan diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Kelantan untuk tindakan lanjut,” katanya.

Tambahnya kes disiasat mengikut Seksyen 11(1) Akta Maqis 2011. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI