fbpx

Disebut ganti Lampard

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TUCHEL menjadi calon paling relevan untuk mengisi kekosongan yang dilepaskan oleh Lampard.

LONDON – Bekas pengendali Paris Saint-Germain (PSG) dan Borussia Dortmund, Thomas Tuchel dilaporkan hanya me­nunggu masa diumumkan sebagai pengurus baharu Chelsea selepas Frank Lampard dipecat secara mengejut kelmarin.

Tuchel, 47, bukan nama ­asing di Eropah apabila dianggap antara salah seorang ­pengurus yang memiliki kemampuan mengendalikan pemain bertaraf bintang.

Ia terbukti Tuchel berjaya membantu PSG menjulang gelaran Ligue 1, Piala Perancis, Piala Liga Perancis dan Piala Trofi Juara, selain muncul naib juara Liga Juara-Juara.

Terdapat laporan mengatakan salah satu keputusan untuk membawa masuk Tuchel kerana beliau mampu membentuk DNA Jerman di Chelsea.

Tuchel juga pernah menjadi ‘guru’ kepada pemain sayap Chelsea, Christian Pulisic di Dortmund selain bekerjasama dengan bek tengah The Blues, Thiago Silva ketika di PSG’

Justeru, Tuchel dilihat calon paling relevan selain tiga nama lain dari Jerman iaitu bekas jurulatih RB Leipzig, Ralf Rangnick; pengendali Leipzig, Julian Nagelsmann dan Ralph Hasenhuttl (Southampton).

Pemilik Chelsea, Roman Abramovich juga menjadikan beberapa nama lain sebagai calon pengurus baharu antaranya legenda Arsenal, Arsene Wenger; Brendan Rodgers (Leicester City) dan Andriy Shevchenko (Ukraine), namun besar kemungkinan jawatan itu bakal menjadi milik Tuchel. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI