fbpx

Calitan dubur didakwa lebih tepat kesan Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PAKAR perubatan China mendakwa virus Covid-19 berkumpul lebih banyak di saluran pencernaan berbanding saluran pernafasan pesakit. - Chamila Karynarathne /EPA-EFE/Shutterstock

Ujian calitan dubur didakwa lebih tepat kesan Covid-19 

 

BEIJING – Pemerintah China mendedahkan bahawa ujian calitan dubur adalah  lebih berkesan dan tepat dalam mengesan kehadiran koronavirus, lapor akhbar New York Post, kelmarin.

Pakar-pakar perubatan China berkata, kaedah itu adalah cara lebih tepat untuk mengesan Covid-19 berbanding ujian calitan tekak dan hidung.

Kaedah pengesanan menerusi anus digunakan lebih kerap di Beijing selepas ujian calitan tersebut dilakukan kepada seorang budak lelaki berusia 9 tahun yang kemudian disahkan positif  varian virus Covid-19 Britain bulan lalu, lapor majalah  Newsweek.

Namun begitu, kaedah calitan dubur dipercayai telah digunakan di China sejak tahun lalu, khsusus terhadap individu yang tinggal di zon  merah Covid-19 seperti Shanghai. 

Ujian calitan hidung dan tekak bagaimanapun tetap menjadi kaedah paling popular kerana ia mudah dan pantas dilakukan, demikian menurut  media tempatan.

“Sudah tentu, calitan dubur  tidak semudah ujian calitan tekak maka ia hanya digunakan terhadap individu di kawasan kuarantin utama.

“Kaedah ini juga membantu mengurangkan hasil ujian positif palsu,” kata pegawai tempatan, Li Tongzeng.

Ujian  tersebut melibatkan  pelapik dimasukkan sedalam 3 hingga 5 sentimeter ke  dalam rektum untuk mendapatkan sampel.

 “Kami mendapati bahawa koronavirus berkumpul lebih banyak dan bertahan lama di saluran pencernaan berbanding saluran pernafasan pesakit,” jelas Tongzeng. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI