fbpx

Barcelona ‘tenat’ dengan hutang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARCELONA masih berhutang kepada Liverpool bagi pembelian Coutinho (kiri) dan Ajax untuk khidmat De Jong hingga menyebabkan hutang gergasi La Liga itu mencecah bilion euro.

BARCELONA – Krisis kewangan Barcelona berada pada tahap membimbangkan apabila hutang gergasi Sepanyol itu sudah mencecah jumlah €1.2 bilion (RM5.89 bilion).

Ia selepas The Catalans mendedahkan laporan kewa­ngan tahunan kelab dengan rata-rata hutang tersebut disebabkan pandemik Covid-19, faktor gaji dan perpindahan mewah beberapa pemain sejak ­kebelakangan musim lalu.

Difahamkan, Barcelona berhutang sebanyak €126 juta (RM618.4 juta) dengan beberapa buah kelab antaranya €29 juta (RM142.3 juta) kepada Liverpool bagi pembe­lian Philippe Coutinho tiga tahun lalu.

Gergasi La Liga itu juga masih berhutang dengan Ajax bernilai €16 juta (RM78.53 juta) untuk pembelian Frenkie de Jong tahun lalu dan €10 juta (RM49.08 juta) kepada Bordeaux selepas membeli Malcom pada 2018.

Lebih malang, Barcelona perlu melangsaikan hutang tiga pemain yang kini tidak lagi bersama mereka iaitu Malcom dan Arthur dengan jumlah €21 juta (RM103 juta) kepada Gremio dan Arturo Vidal sebanyak €11 juta (RM53.99 juta) dengan Bayern Munich.

Bagaimanapun, Barcelona sedikit lega kerana Getafe dan AS Roma masih berhutang de­ngan mereka sebanyak €46 juta (RM225.7 juta) selepas membeli Marc Cucurella serta Carlez Perez.

Justeru, Barcelona berharap dapat menangguhkan segala pembayaran itu selewat-lewatnya 30 Jun depan dengan harapan penyokong-penyokong kembali dibenarkan menonton perlawanan di stadium selepas ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI