fbpx

Amaran serangan siber

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VIDEO Anonymous Malaysia yang menyatakan mahu melakukan serangan siber dikenali #OpsWakeUp21.

PETALING JAYA – Majlis Ke­selamatan Negara (MKN) memandang serius ancaman oleh penggodam laman sesawang dikenali sebagai Anonymous Malaysia.

Sehubungan itu, MKN dalam satu kenyataan berkata, pihak­nya menerusi Agensi Keselamatan Negara (NACSA) telah mengeluarkan satu notis amaran kepada semua agensi kerajaan untuk mengambil langkah-langkah sewajarnya bagi mencegah dan meminimumkan impak ancaman terbabit.

“MKN juga sedang bekerjasama dengan polis bagi mengkoordinasi dan mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.

Pada masa sama, kerajaan sentiasa memandang serius, mengambil berat dan memberi keutamaan terhadap keselamatan infrastruktur teknologi maklumat serta sistem kritikal negara

“Ia antaranya menggariskan tindakan pengukuhan sistem teknologi maklumat termasuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pegawai berkaitan,” jelasnya.

TANGKAP layar ancaman serangan siber daripada Anonymous Malaysia.

Kelmarin, Anonymous Malaysia kembali muncul menghantui laman web dan aset dalam talian selepas lima tahun berdiam diri.

Kemunculan kembali kumpulan itu dibuktikan menerusi satu video berdurasi 2.29 minit yang dikongsikan di laman sosial Facebook Anonymous Malaysia.

Menerusi mesej video itu, kumpulan tersebut berjanji untuk mengadakan serangan siber terhadap laman web kerajaan dan aset dalam talian dikenali sebagai #OpsWakeUp21.

Katanya, amaran itu sebagai satu kejutan kepada kerajaan Malaysia yang didakwa berdiam diri atas pelanggaran data dan penjualan maklumat peribadi warganegara.

Bagi menyokong dakwaan itu, mereka turut memberikan contoh beberapa kes seperti kebocoran data oleh syarikat telekomunikasi negara pada tahun 2017 melibatkan sebanyak 46 juta pengguna.

Annonymous Malaysia sebelum ini pernah mengugut untuk melancarkan serangan siber sekiranya bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak meletak jawatan pada tahun 2015.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI