fbpx

Agong berkenaan menerima menghadap PM secara sidang video

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AL-SULTAN Abdullah menerima menghadap Muhyiddin Yassin secara sidang video untuk sesi Pra-Kabinet di Istana Negara hari ini.

PETALING JAYA- Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mesyuarat Pra-Kabinet secara sidang video di Istana Negara pada pagi hari ini.

Laman Facebook Istana Negara memaklumkan, sesi yang berlangsung selama setengah jam itu bermula dari pukul 8.30 pagi diadakan secara sidang video berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Secara kelazimannya, majlis menghadap untuk mesyuarat Pra-Kabinet berlangsung secara bersemuka.

“Mesyuarat Pra-Kabinet adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama Al-Sultan Abdullah untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama Perdana Menteri berkenaan urusan dan isu-isu berkaitan kerajaan,” menurutnya dalam satu hantaran di laman Facebook itu. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI