fbpx

Wanita jadikan rumah sarang penagihan dadah dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian individu disyaki penagih dadah yang ditahan AADK Daerah Kuala Muda di sekitar Sungai Petani semalam.

SUNGAI PETANI – Kegiatan seorang wanita berusia 42 tahun yang menjadikan rumahnya sebagai sarang penagihan dadah berakhir apabila dia ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kuala Muda di sini semalam.

Wanita yang positif dadah jenis methamphetamine itu merupakan antara sembilan yang ditahan dalam operasi Op Cegah bermula pukul 9 pagi hingga 11.45 malam.

Ketua Pegawai AADK daerah itu, Arnida Ishak berkata, hasil risikan, pihaknya bertindak menahan wanita terbabit di sebuah rumah di taman perumahan di sini.

Katanya, suspek dipercayai menjadikan rumahnya sebagai sarang penagihan dadah untuk dia dan penagih lain melepaskan gian.

“Lapan lagi yang ditahan di sekitar Sungai Pasir, Gurun dan Bedong itu melibatkan enam lelaki dan seorang wanita.

“Tujuh daripada mereka didapati positif dadah jenis methamphetamine manakala seorang lagi positif dadah jenis morfin,” katanya di sini hari ini.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI