PELAKON televisyen terkenal, Sriti Jha mengejutkan orang ramai apabila membaca serangkap puisi bertajuk Confessions of a Romantic Asexual yang menggambarkan dirinya seorang aseksual.
Sriti mempersembahkan puisi tersebut depan khalayak ramai pada acara Kommune India Spoken Fest di Mumbai pada tahun lalu.
“Kali pertama saya jatuh cinta, ada perkara yang disebut dan ada peraturan yang ditetapkan. Berpegangan tangan dan menggoda tak mengapa, tetapi yang menjangkau perlakuan itu adalah tidak okey,” katanya.
Sriti turut menyeru orang ramai agar tidak memandang aseksual sebagai isu negatif dalam kalangan masyarakat serta tidak cuba mengubah atau membetulkan mereka yang berdepan situasi sama.
Malah, peminatnya turut menyifatkan perbuatan Sriti satu tindakan bagus dan memuji keberanian pelakon itu kerana meluahkan isi hatinya.
Aseksual merujuk kepada orientasi seks di mana seseorang individu tidak mempunyai atau kurang daya tarikan seksual terhadap individu lain.