fbpx

Sapu krim ereksi demi bibir seksi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sohor terbaharu TikTok memaparkan selebriti media sosial, Jerry Mal menyapu krim ereksi di bibir. - TikTok

LONDON – Doktor- doktor memberi amaran kepada pengguna aplikasi TikTok supaya tidak meniru aksi menyapu krim ereksi pada bibir sebagai jalan singkat untuk mendapatkan bibir yang gebu dan munggil, lapor akhbar Daily Star, kelmarin.

Sohor atau trend yang dimulakan oleh seorang pengguna bernama Jerry Mal mula menular apabila ramai anak muda terpengaruh melakukan perkara sama untuk melihat keberkesanannya.

Mal memulakan sohor itu apabila menggunakan krim bantuan seksual untuk kesan bibir menggebukan dan memaparkan keadaan bibirnya yang membengkak selepas beberapa saat.

Menerusi video yang mendapat lebih 3.5 juta tontonan itu, Mal turut mendedahkan tidak berjaya mengekalkan krim ereksi itu selama lima minit seperti yang dimahukan kerana bengkak di bibirnya terlalu menyakitkan.

Pengarah Perubatan sebuah klinik kulit di Britain, Dr. Ross Perry memberitahu akhbar Metro UK bahawa menyapu krim ereksi di bibir demi kesan bibir tebal boleh membuatkan sesorang mengalami reaksi alergi seperti rasa menyengat, sakit, lepuh dan bengkak yang tidak selesa.

“Kesan sampingan lain selepas krim menyerap ke dalam tubuh manusia  adalah seperti  sakit kepala, masalah tekanan darah dan juga risiko serangan jantung.

“Krim ini juga boleh mengakibatkan keradangan luka lama terutama jika anda selalu menyapunya,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI