fbpx

Pegawai Imigresen didakwa terima rasuah, penggubahan wang haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang Pegawai Imigresen yang ditahan dalam Ops Selat dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 12 pertuduhan terbabit dalam penggubahan wang haram dan menerima rasuah bernilai RM885,950 sejak empat tahun lalu.

SEREMBAN – Seorang pegawai Imigresen yang ditahan dalam Ops Selat dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 12 pertuduhan terbabit dalam penggubahan wang haram dan menerima rasuah bernilai RM885,950 sejak empat tahun lalu.

Mohd. Shah Ezywan Abd. Rahman, 34, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Madiha Harullah.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Mohd. Shah Ezywan yang merupakan Pegawai Imigresen Gred KP19 didakwa atas lapan pertuduhan menerima wang tunai melalui transaksi akaun bank berjumlah RM885,950 daripada tiga individu yang mana dia mengetahui mereka mempunyai hubungan dengan kerja rasmi tertuduh.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Malayan Banking Berhad Cawangan Nilai antara 11 Januari 2017 hingga 1 November 2020 dan didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Dalam pada itu, tertuduh turut didakwa atas empat pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram juga berjumlah RM885,950 daripada tiga individu sama melalui transaksi akaun bank atas nama seorang individu.

Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh di Malayan Banking Berhad Cawangan Nilai antara 29 Mac 2017 hingga 19 Mei 2020.

Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Wang Haram Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001.

Kes akan disebut semula pada 26 Februari depan di Mahkamah Sesyen Seremban.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI