fbpx

Pecat Lampard bukan hal mudah – Abramovich

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LAMPARD terpaksa akur dipecat Chelsea selepas gagal meningkatkan prestasi skuad The Blues sejak dilantik sebagai pengurus pada tahun 2019.

LONDON – Chelsea membuat keputusan memecat Frank Lampard daripada jawatannya selaku pengurus pasukan dengan kekosongan kerusi tersebut bakal diambil alih oleh pengendali kelahiran Jerman, Thomas Tuchel.

Perkara itu disahkan oleh pemilik pasukan, Roman Abramo­vich dalam satu kenyataan yang dikeluarkan malam semalam.

Abramovich memberitahu, keputusan memecat Lampard bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan tetapi terpaksa diambil berdasarkan kemerosotan prestasi pasukan sejak kebelakangan ini.

“Saya mempunyai hubungan yang cukup baik dengan Lampard dan telah mengenalinya untuk tempoh lama. Justeru, bukan mudah untuk kami membuat keputusan memecat Lampard.

“Namun, situasi pasukan sekarang tidak begitu memberangsangkan dan pemecatan itu perlu dibuat demi masa depan pasukan.

“Apa yang pasti, status Lampard selaku legenda Chelsea tidak akan pernah hilang dan akan sentiasa menerima kedatangannya di Stamford Bridge. Selain itu, saya ingin mengucapkan selamat maju jaya terhadap kariernya selepas ini,” kata Abramovich.

Sebagai rekod, Lampard menjadi pengurus The Blues sejak 18 bulan lalu gagal membantu pasukan mempamerkan aksi memberangsangkan dengan menduduki tangga kesembilan Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika ini.

Lebih malang, Lampard yang dianggap sebagai pemain legenda Chelsea telah berbelanja lebih £200 juta (RM1.1 bilion) pada jendela perpindahan musim panas lalu.

Kini, Tuchel dijangka menjadi pertaruhan Abramovich memandangkan statusnya yang tidak terikat dengan mana-mana pasukan setelah dipecat Paris Saint-Germain (PSG) awal bulan ini.

Difahamkan, Abramovich le­bih berminat dengan pengendali Red Bull Leipzig, Julian Nagelsmann tetapi pengendali kelahiran Jerman itu masih terikat dengan kontrak.

Sumbangan terakhir Lampard adalah membantu pasukan Chelsea layak ke pusingan kelima Piala FA selepas menewaskan Luton Town 3-1 semalam. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI