PETALING JAYA – Pasangan suami isteri yang tinggal berjauhan disebabkan bekerja dibenarkan merentas negeri untuk bertemu dengan keluarga masing-masing bermula esok.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kelonggaran itu namun syarat perlu mendapat kebenaran dan kelulusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terlebih dahulu.
“Bagaimanapun bagi pasangan yang bergejala, mereka dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan terlebih dahulu sebelum bergerak pulang,” katanya pada sidang akhbar hari ini. – K! ONLINE