fbpx

Pameran RDPT ST4/2020 hingga 9 Februari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan melaksanakan pameran Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) bagi ST4/2020 selama 14 hari bermula esok hingga 9 Februari depan.

Setiausahanya, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, RDPT itu adakan dilaksanakan di 910 tempat pameran di seluruh negara.

Beliau berkata, RDPT ST4/2020 mengandungi 85,358 permohonan pendaftaran pemilih baharu daripada warganegara yang layak dan 31,162 permohonan pertukaran bahagian pilihan raya daripada pemilih berdaftar.

“Semakan RDPT ST4/2020 boleh dibuat melalui beberapa kaedah iaitu hadir ke 910 tempat pameran, layari portal rasmi Pejabat Pilihan Raya Negeri, semak buku RDPT ST4/2020 di pejabat Pilihan Raya Negeri.

Pemohon juga boleh melayari portal SPR di https://pengundi.spr.gov.my/ atau aplikasi MySPR Semak untuk membuat semakan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI