fbpx

Majlis Kemakmuran Bumiputera ditubuhkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin (kanan) mempengerusikan mesyuarat pertama MKB secara sidang video dari pejabatnya di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya hari ini.

PUTRAJAYA – Tindakan intervensi strategik amat diperlukan bagi membantu golongan Bumiputera meraih peluang ekonomi dalam sektor berdaya maju dan mempunyai nilai tambah yang tinggi.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sehubungan itu, penubuhan Majlis Kemakmuran Bumiputera (MKB) antara lain diharap dapat membolehkan tindakan intervensi yang tepat diambil demi memastikan ekonomi Bumiputera terus berdaya tahan dan berdaya saing.

Beliau berkata, MKB akan dianggotai oleh 17 menteri Kabinet di samping tokoh Bumiputera dalam pelbagai sektor perniagaan, ekonomi dan pendidikan dan usaha itu akan diterajui oleh Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) selaku agensi penyelaras utamanya.

Katanya, MKB merupakan platform untuk kerajaan memperkasakan  sosioekonomi Bumiputera dengan sasaran lonjakan pembangunan keusahawanan berganda di pelbagai peringkat.

“Saya telah membangkitkan mengenai kesan besar pandemik Covid-19 kepada ekonomi negara yang mana perniagaan Bumiputera tidak terkecuali.

“Justeru saya tegaskan bahawa tindakan intervensi strategik amat diperlukan bagi membantu golongan Bumiputera meraih peluang ekonomi dalam sektor berdaya maju dan mempunyai nilai tambah yang tinggi,” katanya menerusi satu kenyataan di Facebook hari ini.

Perdana Menteri terdahulu mempengerusikan mesyuarat pertama MKBsecara persidangan video dari pejabatnya di bangunan Perdana Putra di sini.

Mesyuarat itu juga mengesahkan penubuhan MKB dari segi keahlian serta terma rujukan.

Antara ahlinya termasuklah Tan Sri Nor Mohamed Yakcop; Tan Sri Azman Mokhtar; Datuk Dr. Mohd. Karim Abdullah; Tan Sri Dr. Rafiah Salim; Datuk Azrin Mohd. Noor dan Kamarul Azman Muhamed.

Sementara itu, turut diperakukan penubuhannya ialah Jawatankuasa Pemandu Majlis Kemakmuran Bumiputera (JPMKB) dan Jawatankuasa Kerja Majlis Kemakmuran Bumiputera (JKMKB).

Muhyiddin berkata, jawatankuasa tersebut masing-masing akan dipengerusikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof dan Ketua Eksekutif TERAJU, Md. Silmi Abd Rahman. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI