fbpx

Lelaki warga emas jadi bapa angkat NGO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SOPHIAN menyuap makanan kepada seorang warga emas di rumah jagaan persendirian di Jalan York, George Town baru-baru ini.

GEORGE TOWN – Nasib seorang warga emas yang ditinggalkan darah daging sendiri di sebuah rumah jagaan persendirian di Jalan York di sini sejak tahun lalu mendapat perhatian sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Surplus Pulau Pinang.

Kehadiran NGO yang diketuai Pengerusinya, Sophian Mohd. Zain di kediaman berkenaan Jumaat lalu telah mengundang sebak warga emas yang mahu dikenali sebagai Ali itu.

Bapa berusia 60-an itu tidak dapat menahan kesedihan sebaik kumpulan NGO terbabit mendekatinya dan bertanyakan khabar selain disuapkan makanan ke mulutnya.

Sophian berkata, dia amat terkilan dengan nasib yang menimpa warga emas terbabit yang dikatakan diabai anak kandungnya dengan dibiarkan tinggal di rumah jagaan persendirian bukan Islam itu.

“Saya terpanggil untuk datang melawatnya sendiri hari ini. Saya cukup kecewa dengan tindakan ahli keluarganya yang dipercayai sanggup tinggalkannya tanpa sebarang khabar berita sejak tiga bulan lalu.

“Difahamkan, dia juga tiada pengenalan diri, kad pencen dan tidak menerima sebarang bantuan daripada kerajaan.

“Sebak juga saya dibuatnya tatkala menyuap nasi ke mulutnya. Kali terakhir saya me lakukan perkara sama kepada arwah ayah yang sudah meninggal tujuh tahun lalu akibat paru-paru berair,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Menurut Sophian, pihaknya sebulat suara menjadikan warga emas tersebut sebagai bapa angkat NGO itu dan akan memantau tahap kesihatan dari semasa ke semasa selain membantu mendapatkan semula kad pengenalan diri.

Dalam pada itu, Sophian juga meminta supaya pihak Zakat Pulau Pinang (ZPP) memberi perhatian segera kepada warga emas terbabit agar dipindahkan ke lokasi yang lebih selesa.

Sementara itu, penjaga warga emas berkenaan, P. Jaya pula berkata, dia tidak akan membiarkan warga emas tersebut berada di bawah jagaan anak kandungnya kerana percaya mereka tidak mampu melakukannya dengan baik.

“Keadaan kakinya yang patah dan luka akibat kencing manis kini sudah beransur pulih,” ujarnya.

Kosmo! pada 19 Januari lalu melaporkan, Ali dibawa ke rumah penjagaan persendirian itu dengan ambulan selepas dimasukkan ke sebuah hospital kerajaan di negeri ini dipercayai akibat kemalangan jalan raya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI