fbpx

Lelaki ditahan miliki senjata api, rakan diburu polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki dikenali sebagai Ramen diburu polis bagi membantu siasatan.

ISKANDAR PUTERI – Seorang lelaki ditahan selepas memilik senjata api buatan sendiri di kawasan Taman Pulai Indah, Kangkar Pulai, dekat sini, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, lelaki berusia 28 tahun itu ditahan pada pukul 8.10 malam di rumahnya.

“Dalam serbuan itu, polis merampas pelbagai barangan iaitu selaras senapang angin buatan sendiri, sepucuk pistol jenis Rev 38 SPL dua inci, sebutir peluru jenis SME 9 milimeter (mm) dan tiga butir peluru .38 SPL.

“Suspek yang ditahan itu mempunyai satu rekod jenayah lampau atas kesalahan jenayah dadah dan ujian saringan air kencing dijalankan mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.

“Bagaimanapun, tujuan suspek yang dipercayai memiliki senjata api itu masih dalam siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Suspek direman selama tujuh hari mulai semalam hingga 31 Januari ini bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti lebih berat) 1971 dan Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960.

Dzulkhairi berkata, polis kini sedang giat mengesan seorang lagi suspek yang masih bebas dikenali sebagai Ramen.

Katanya, Ramen atau nama sebenar Mohd. Rahmin Ahmat berusia 33 tahun yang dikehendaki itu menggunakan alamat terakhirnya di 30-A, Jalan Pengkalan Rinting, Batu 5 Tampoi, di sini.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Ramen, boleh menghubungi balai polis berhampiran,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI