fbpx

Lelaki Bangladesh tawar rasuah dipenjara, denda RM12,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohammad Mosarof (tengah) dipenjara dua tahun, denda RM12,000 kerana tawar rasuah kepada anggota polis.

ALOR SETAR – Seorang lelaki Bangladesh dihukum penjara dua tahun dan denda RM12,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana menawarkan rasuah wang tunai RM500 kepada anggota polis, minggu lalu.

Hakim Murtazadi Amran menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohammad Mosarof, 30, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh yang bekerja sebagai buruh binaan didakwa melakukan perbuatan tersebut di Plaza Tol Lunas, Lebuh Raya Butterworth Kulim (BKE) kira-kira pukul 3.30 petang, 20 Januari lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu sebagai dorongan kepada anggota polis, Koperal Muhammad Syazwan Ahmad Safiudin supaya tidak mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Dia ketika kejadian melakukan kesalahan di bawah Peraturan 5, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI