fbpx

Lebih 50,000 premis perniagaan patuh SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mendapati sebanyak 50,850 atau 99.7 peratus premis perniagaan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengarah Penguat Kuasa KPDNHEP, Azman Adam berkata, jumlah itu daripada 51,012 yang telah diperiksa setakat ini.

“Keberadaan pegawai penguat kuasa menjalankan pemeriksaan pematuhan SOP PKP mendapati sejumlah 50,850 premis atau 99.7 peratus patuh SOP PKP.

“Sektor perdagangan domestik sangat komited untuk memastikan perniagaan berjalan dalam keadaan selamat dan terkawal ke arah pemulihan ekonomi negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Azman berkata, hanya 15 premis atau 0.029 peratus yang gagal mematuhi SOP PKP dan dikenakan kompaun sebanyak RM1,000.

Katanya, sebanyak 32 premis atau 0.062 peratus telah diberi amaran mengambil tindakan segera menambah baik pematuhan SOP PKP.

“Selain itu, sebanyak 115 premis atau 0.225 peratus diberikan nasihat untuk menambah baik pematuhan SOP PKP dalam premis mereka,”

“Premis yang telah menerima amaran boleh dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 jika didapati tiada sebarang penambahbaikan dibuat selepas amaran diberikan,” katanya.

Beliau berkata, sehingga kini KPDNHEP telah mengeluarkan kelulusan untuk beroperasi semasa PKP kepada 46,921 perniagaan berdasarkan kepada senarai kategori perniagaan yang dibenarkan untuk beroperasi dalam tempoh PKP di bawah SOP am PKP di seluruh Malaysia.

“Sekiranya pematuhan ini masih gagal mencapai tahap yang memuaskan, kementerian boleh bertindak tegas dan drastik untuk menutup terus operasi premis perniagaan dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI